ASSALAMUALAIKUM

macam best je cerita ni. nanti 15 mac thun dpn aku org first tengok
hahaha. pelakaon dye, diana amir, aeril, FIZOOOOOO
memey aku tengok nanti. hehehe. comel je pkai serban :D
cpt lah keluar . ingat kn dh keluar, bru ingat nk tgk khamis ni
shit betull -___-
sedih je ost trailer dye. ahh, confem aku menangis tgk cite ni nti
dah la jalan cerita sentimental semacam hewhew :3
watak Hamka , fizo mati pulak tu. mmg nk sruh aku nagis. hahaha
watak Hamka , fizo mati pulak tu. mmg nk sruh aku nagis. hahaha
nak sinopsis cite ni takk ??
7 Petala Cinta mengisahkan kehidupan suka duka anak remaja yang mendapat pendidikan dalam institusi keislaman. Mereka menempuh pelbagai insiden dan suka duka yang berlaku di antara mereka selain berdepan dengan kemelut yang akhirnya mengundang perspektif berbeza. Filem 7 Petala Cinta tidak hanya menyingkap kisah suka duka dunia remaja yang terperangkap dengan nafsu dan nilai budiman dalam jiwa namun turut memaparkan pengorbanan, erti persahabatan, kejujuran serta kisah cinta agung.
Diana Amir tampil dengan imej bertudung dalam filem ini membawa watak seorang gadis yang naif bernama Hilma Aqila adik kepada Hamka lakonan Fizo Omar. Hilma Aqila gadis yang sopan, anak yatim piatu, seorang yg solehah dan pandai mengaji. Hilma jugak ada konflik dan kisah yang tersendiri. Dia rasa kehilangan lagi apabila abangya pun pergi ke luar negara untuk menuntut ilmu, dan mendengar kabar angin, abangnya meninggal dunia.
Abangnya Hilma, Hamka yang juga graduan syariah dari Universiti Al-Azhar ditunangkan dengan anak kepada guru di madrasah tempatnya menuntut ilmu, Saidatul Nafisah (Shima Anuar) dan kemudiannya berhijrah ke Yemen untuk menuntut ilmu.
Namun sebaliknya, Hamka gigih menulis al-Quran dengan tulisan tangannya sendiri bagi dijadikan hantaran perkahwinannya kelak. Namun sayangnya, entah mana punca, berita mengenai Hamka terbunuh di Yemen tersebar selepas negara itu dilanda perang saudara dan konflik politik.
Tunangnya, Nafisah menanti dengan setia dan muncul pula watak Attar (Aeril) yang sudah lama memendam perasaan kepada Nafisah. Di situlah wujudnya nilai kesetiaan seorang wanita yang mengagungkan seorang lelaki yang dicintai walaupun apa saja yang melanda.











No comments:
Post a Comment