Dengar kata, saintis jangkakan Malaysia pun nak kena jugak. dengar kata je la. aku pun tak sure. Wallahualam. So, sebelum jadi apa apa baik kita prepare dulu, kan?
gempa bumi tu apa eh?
so, kalau la ditakdirkan Malaysia kena gempa bumi, apa yang kita kena buat?
Gempa bumi, adalah suatu fenomena pergerakan permukaan bumi disebabkan oleh pergerakan yang mengejut di permukaan bumi yang berbatu. Gempa bumi berlaku apabila tenaga yang tersimpan dalam bumi, biasanya di dalam bentuk geseran batu, tiba-tiba terlepas.
sumber : SINI
tsunami pulak apa benda?
Tsunami (津波 bahasa Jepun ombak besar di pelabuhan, Kunrei-shiki: Tunami), sering kali disalah takrifkan sebagai gelombang pasang surut (tidal wave), merupakan satu siri ombak yang berlaku selepas gempa bumi (dalam laut), tanah runtuh, aktiviti gunung berapi, letupan, atau hentaman meteor dalam atau berhampiran laut. Tenaga setiap tsunami adalah tetap, fungsi ketinggiannya dan kelajuannya. Dengan itu, apabila gelombang menghampiri pantai, ketinggiannya meningkat sementara kelajuannya menurun. Gelombang tersebut bergerak pada kelajuan tinggi, hampir tidak disedari apabila melintasi air dalam, tetapi meningkat kepada ketinggian 30 meter atau lebih. Tsunamis boleh menyebabkan kerosakan teruk pada kawasan persisiran pantai dan kepulauan.
sumber: SINI
jangan panik.
bila dah jadi bencana, mesti la korang panik betul tak? so, bila korang panik, korang tak dapat nak fikir apa yang patut korang buat. sebab tu la, disarankan supaya korang kawal diri korang supaya tak panik : untuk berfikir secara tenang.
jangan lari keluar.
dinasihatkan korang tak lari keluar dari bangunan jika berlakunya gempa sebaliknya, disarankan korang berlingung dibawah meja, di bawah katil korang atau lindungi kepala korang dengan bantai dan sebagainya bagi mengelakkan korang terkena runtuhan. kalau korang lari keluar, mana tau kang dalam perjalanan keluar tu rumah korang runtuh, mati penyet la korang nnt. eh sebenarnya, sebab ramai orang berkerumun hehe
jauhi rak rak dan almari kaca dan pokok pokok atau benda yang senang nak tumbang
time gempa mana tau benda benda tu hempap korang. tak kena hempap kang luka kena kaca. kang naya. so, jauhi benda benda tu kalau korang tak mau cedera.
berhati hati terhadap syiling bangunan tu
syiling kan berat. er eh berat ke? er tak kisahla sebab tu korang kena lari duduk berlindung bawah meja. taku kena tindih dek syiling.
jangan guna lif.
kalau dah betul betul darurat, korang nak keluar dari kawasan gempa tu, korang sila lah gunakan tangga. cuba bayangkan, kang kalau gempa korang kat dalam lif tu, tetiba lif tak bfungsi, pergh mati penyet lagi.
berhentikan kenderaan di kawansan lapang
ni kalau korang dalam kenderaan la. korang jangan berhentikan kenderran korang tu bawah jambatan ataupun atasa jambatan. kena kawasan lapang. kang kena penyet.
okay sekarang pulak korang bayangkan Malaysia kena tsunami. bayangkan je. bayangkan. apa yang korang kena buat?
kenalpasti tu tsunami ataupun tidak.
cemana nak kenalpasti? okay, tanda tanda dia:
- air laut surut tiba tiba.
- bau garam yang agak kuat
- ada banyak buih buih dekat air laut tu
- dan korang nampak ada gelombang air tinggi yang hitam tebal memanjang.
for sure korang ingat lagi kan tsunami tahun 2004. aku ingat sangat sebab masa tu aku darjah 4. cikgu asyik suruh byat karangan pasal tsunami. sampai dah boleh hafal dah =.= sekarang kita tengok pulak cara nak selamatkan diri kalau berlaku tsunami.
kalau korang di kawasan pantai
katakan la korang dah sure ombak tu ombak tsunami, korang kenal pasti kawasan yang boleh dijadikan tempat berlindung. contohnya bukit, bangunan tinggi dan pokok pokok yang kukuh. korang bergerak ke kawasan tersebut.
kalau korang atas kapal kat tengah laut
korang pastikan korang bawak bot eh drive bot korang tu ke arah laut yang lebih dalam supaya impak ataupun kesan tsunami terhadap bot korang dapat dikurangkan
dan korang MESTI INGAT,
masa untuk menyelamatkan diri daripada tsunama adalah 20 minit. 20 minit SAHAJA sebab tsunami berlaku dengan pantas. oleh itu, bergerak lah dengan pantas.
sumber : SINI
tak kisah la tsunami atau bencana apa pun yang berlaku, kita mesti bersedia dan bertawakal je lah okay :)
kalau dirasakan perlu dikongsi, sila berkongsi untuk persiapan kita bersama okay :)
sumber entry di atas : blog nurul husna mukhtar













No comments:
Post a Comment